Monday, March 31, 2014

Banyaknya Ceritaaaaa!

22 Mac -- Happy Birthday Opah! :)

Macam biasa, hampir kesemua anak menantu cucu dan cicit akan berkumpul di rumah Opah. Cuma tahun ini, hanya sebahagian sahaja yang turut serta. Abang aku pun tak dapat join sebab ada family day office kak ieja. So, walaupun Opah kurang seronok sebab cucu kesayangan dia tak ada masa itu, tapi alhamdulillah at least still ramai yang ada. Thanks for coming dan buat Opah happy!

Festival City

Kebetulan pada hari Isnin haritu semua pakat cuti, family Cik Na datang rumah, lunch sekali bawa kari kepala ikan! Hehe favourite Opah kot. Petang tu pergi jalan-jalan dekat Festival City. Dorang tak pernah pergi situ lagi. First sekali merayau ke Parkson dan sebagainya. Aku sempat layan Ecah posing dengan bebear! Hahaha comel. Paling dorang suka adalah kedai Kaison; kedai yang jual hiasan rumah tu. Lama bebenor dorang duk dalam kedai tu sebab rambang mata tengok barang-barang semua cantik dan murah! Haha sementara menunggu tu, aku dengan Opah pergi makan laksa dekat satu stall kat situ. Alasannya; Opah nak duduk. Hihihi. Aku order semangkuk besar laksa, RM7.90 kot. Tapi berbaloi sebab ramai pulak yang join makan semangkuk laksa tu. Berkat tau share makanan. ;)

Ecah dan bebear! :P

Wahab Cendol

Lepak-ing with cik yah! Lama gileee oi tak jumpa. Tiba-tiba Cik Yah mesej tanya pasal broadband. Aku pun terus ajak dia keluar sebab dah alang-alang dia ada dekat sini. Susah bebenor nak jumpa sejak dia pindah rumah baru. Serius tak puas borak! Panjang lebar punya cerita sampai tak sedar dah berapa jam duduk lepak kat kedai tu. Hahaha paling tak boleh blah, suara nak kuat je bila sembang. Dari mula2 sampai kedai orang dah pandang semacam kat kitorang, siap dapat cendol aiskrim free lagi. Peliks! Rezeki. Semoga dapat jumpa lagi pasni ye cik yah, ajak ida skali. Hikhik. Rinduuuuu! Take care my sweetest bestie! Semoga kita berjaya mencapai matlamat hidup yang sebenar. InsyaAllah. Don't worry, be happy! :)

Inilah Cik Yah, kembar Ida :D

Burgerbyte -- Reunion Bestarian SMKZR1

Memang aku yang plan dekat group, aku yang jadi tukang ajak. Last2 aku pulak ada hal. Hihihi tapi aku gigihkan jugak untuk join dan alhamdulillah! Impian jadi kenyataan. Kami dapat berkumpul walaupun cuma beberapa kerat sahaja. Jadilah kan? Best tau! First time try makan burger dekat Burgerbyte ni. Serius sedap! Lagi-lagi orang belanja. Hihihi thanks cik bff! Kami sampai dan siap order semua dalam lewat petang jugaklah. By the way memang puas hati, serius kenyang sampai terpaksa buat-buat lumba makan dan combine makanan makan sama-sama bagi habis jugak! Hahaha lawak betul. Gambar? Tak payah tanyalah, ofkos aku akan paksa dorang bergambar. Gambar tu lah akan jadi kenangan kita nanti! Memori gituu. Semua sporting sampai penat jugaklah selfie bagai. Hahaha macam-macam cerita. Semoga kita semua berjaya mencapai matlamat masing-masing dan bahagia selalu. Jangan lost contact ok! ;)



Jengjengjeng!

Tapi sebelum pergi reunion tu, aku dapat berita baik. Aku bakal tuai hasil tanaman selama hampir 3 bulan! *if you know what i mean* Hahaha :P

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Perancangan Allah tersangatlah indah dan aku just go with the flow. Usaha tangga kejayaan. Usaha, doa dan tawakal. Aku terima segala rezeki Allah nak bagi dengan hati terbuka. Aku tak memilih sebaliknya bersyukur dapat juga merasa nikmat hasil tuaian. Semuanya ada hikmah. InsyaAllah akan datang yang lebih baik, just aku kena sabar, sabar dan sabar lagi. Positif! :)

Alhamdulillah.

Cari diri sendiri dan jadi diri sendiri!
Ingat : Tiada seorang pun di dunia ini yang sama dengan kita.

Dan yang terakhir, buat yang jauh di mata tapi dekat di hati :
-- Semoga kita punya ruang dan kesempatan waktu untuk berjumpa satu hari nanti. InsyaAllah, sebulan je lagi. :)

You & I :P

Friday, March 21, 2014

Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul

Alhamdulillah.

Majlis berjalan dengan lancar. Ramai yang hadir memeriahkan majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang bertempat di Dataran Masjid Putra di sini sebentar tadi.

Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul itu telah menjadi perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini. Program anjuran Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu bermula pada pukul 7 malam hingga 11 malam dengan pengisian pelbagai program berbentuk keagamaan.

Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu telah menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

Program itu turut diserikan dengan pelbagai aturcara seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, zikir terapi, bacaan al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah duet peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal.

Kelainan program ini dapat dilihat melalui penglibatan serta sokongan banyak pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri turut menyertai solat hajat dan doa selamat yang diadakan selepas solat Isyak untuk memohon supaya pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 segera ditemui.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

:')

Thursday, March 20, 2014

SPM

Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2013 diumumkan.

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang! Bagi yang tak berjaya mendapat keputusan yang diidamkan, jangan berputus asa. Cuba lagi, insyaAllah kejayaan pasti menanti suatu hari nanti.

Seperti kalian, aku juga pernah mengalami situasi ini pada tahun 2007.
Semakin hampir hari yang dinantikan, semakin bergetar seluruh jiwa dan raga.

Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang -- Ok ini semua tipu! :P

Keputusan aku tidaklah sehebat keputusan kawan-kawanku yang sambung belajar di asrama penuh. Namun demikian, aku bersyukur kerana ini takdir hidupku. Semua sudah tertulis oleh-Nya.

Paling aku bersyukur, impian untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tercapai. REZEKI. Pengajian dimulakan dengan peringkat Diploma. Namun belum sempat aku menghabiskan pengajian Diploma yakni baru sahaja selesai 3 sem (setahun setengah), aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) selama 3 tahun.

Alhamdulillah, betapa kasihnya Allah kepada kita.
Betapa besarnya nikmat yang telah diberikan kepada kita, hamba yang kerdil lagi hina ini.

Jadi, bersyukurlah dengan segala apa yang kita ada, percayalah segalanya ada hikmah tanpa kita sedari.

Jangan bersedih, jangan berduka.
Perjalanan kita masih jauh, tidak akan berhenti selagi nafas tidak terhenti.

Kepada semua yang telah memasuki alam universiti dan alam pekerjaan, usahlah dihina, dikeji dan diherdik adik-adik kita yang baru sahaja melepasi satu tahap penting dalam hidup.

Ingat, kita juga pernah lalui situasi seperti mereka.
Ingat, kita juga pernah kecewa dengan keputusan kita.
Ingat, kita juga pernah berduka lara dan patah semangat untuk terus berjaya.

Pengalaman mengajar -- Segalanya mungkin.

Usaha selagi boleh, yakinlah janji Allah itu pasti.

Semoga terus berjaya!


Lillahi ta'ala.

:)

Wednesday, March 19, 2014

C.I.N.T.A

Cinta.

Aku percaya majoriti daripada masyarakat dunia khususnya rakyat Malaysia seperti aku pernah melalui zaman bercinta. Persoalannya sekarang kenapa kita tetap akan melalui zaman berperasaan ini? Dan kenapa aku tiba-tiba terasa nak menaip berkaitan isu cinta ini? Kenapa kenapa dan kenapa?

Berbalik kepada topik asal;
Cinta terbahagi kepada TIGA zaman yakni zaman jahiliah, zaman pra matang dan zaman matang.

Namun demikian, tiga zaman ini hanyalah sekadar 'imaginasi' aku semata-mata, tiada fakta yang benar mengenai apa yang aku sampaikan ini.

Nota: Aku menulis apa yang terlintas di kotak fikiran sahaja, tiada kena mengena dengan segala yang hidup mahupun yang tidak pernah hidup.

Zaman Jahiliah
Senang cerita, zaman ini lebih dikenali dengan panggilan 'cinta monyet'. Aku percaya rata-rata daripada kita pernah melalui zaman ini dalam keadaan separuh sedar ataupun tanpa sedar. Keadaan-keadaan ini bermaksud pada mulanya tujuan kita hanya sekadar suka-suka menyakat atau mengacau hidup orang yang berkenaan. Tetapi tanpa kita sedar, lahir perasaan 'cinta monyet' yang membuatkan kita suka dan rasa tidak senang duduk kalau tak ganggu hidup orang tersebut. Namun perasaan ini berstatus sementara sahaja dan kebiasaannya tidak kekal dan mengikut peredaran zaman serta peningkatan umur. Pernah rasa?

Zaman Pra Matang
Senang cerita, zaman budak sekolah. Biasanya zaman sekolah menengahlah. Ikut peningkatan umur dan pengaruh rakan sebaya, perasaan ini dianggap normal di kalangan para pelajar, zaman remaja adalah zaman yang dikatakan 'baru nak up' dan sering mencari dan berubah-ubah identiti cara hidup tersendiri. Pengaruh kawan amat kuat pada zaman ini, kebiasaannya remaja akan meniru perwatakan kawan baik mereka sendiri. Jika kawan ini ada teman atau pasangan, remaja tersebut pun pasti akan mempunyai naluri tersebut. Apa yang aku katakan zaman pra matang di sini adalah kerana pada zaman ini, mereka masih tidak matang dalam percintaan. Kemungkinan besar rasa cinta pada zaman ini boleh diibaratkan 'bagai menukar pakaian harian'. Kebiasaannya hubungan cinta yang terjalin tidak bertahan lama dan dianggap sekadar hiburan semata-mata.

Zaman Matang
Senang cerita, zaman ini lebih sesuai dikategorikan sebagai zaman mencari cinta kerana Ilahi. Manusia semakin matang dalam mencari maksud cinta sebenar, dan bertekad untuk kekal selamanya dengan ikatan yang sah kerana Allah S.W.T. Kebiasaannya zaman matang ini dilalui oleh golongan dewasa yang berfikiran jauh dan matang serta kukuh dalam pelbagai aspek; ekonomi mahupun ilmu duniawi dan ukhrawi. Nyata zaman ini lebih serius berbanding zaman-zaman sebelumnya.

Apa yang cuba aku sampaikan sebenarnya adalah kita sebagai hamba Allah hanya mampu merancang, namun Allah jualah sebaik-baik perancang. Tujuan kita melalui zaman-zaman ini adalah supaya kita menjadi seorang yang benar-benar matang dan mengenali apa maksud sebenar CINTA.

Cinta kepada Allah adalah sebaik-baik cinta yang sebenarnya.

Wallahu a'lam.

Tuesday, March 18, 2014

MH370

Hari ini sudah masuk hari ke SEBELAS misteri kehilangan pesawat MH370.

Semakin hari semakin banyak spekulasi yang timbul. Ada yang masuk akal dan ada juga yang jauh dari keterbatasan akal manusia. Pelbagai usaha telah dilakukan.

Tidak mahu merumitkan fikiran, aku memilih untuk mengikuti isu ini dari semasa ke semasa yakni dengan melihat, mendengar dan membaca tanpa mempedulikan spekulasi negatif di luar kotak fikiran manusia. Aku percaya, pelbagai pihak telah berusaha membuat yang terbaik dalam misi menjejaki; mencari dan menyelamat pesawat yang hilang tersebut. Tiada istilah berdiam diri mahupun merahsiakan sesuatu dalam situasi begini, mereka bertungkus lumus, tetapi kita? Hanya pandai menuduh dan menuding jari semata-mata.

Usaha, ikhtiar dan tawakal.

Jangan berfikiran terlampau negatif sehingga membunuh jiwa dan perasaan kaum keluarga mangsa yang terlibat, khususnya keluarga kapten dan pembantu kapten.

Siapa kita untuk menuduh tanpa bukti yang kukuh?

Kasihanilah. Jauhi fitnah.

Ingat!
Dunia ini berputar, mungkin esok atau lusa, mungkin bukan sekarang. Mungkin akan datang kita turut akan mengalami musibah yang sama. Bezanya, mungkin dalam situasi yang berbeza.

Segalanya mungkin.

Kerana kita, hanya insan biasa, hamba Allah.

Kembali pada Allah yang satu. Cari redha Ilahi selagi nafas belum terhenti.

Lillahi ta'ala.

Thursday, March 13, 2014

Redha


"Harapannn..
Harapan menjadi layuuuu.."

Begitulah perasaanku ketika surat ini tiba. Susah untuk dapat, bila dah dapat tak cukup syarat pula. Tak apa, mungkin rezekiku belum tiba.

InsyaAllah, pasti ada hikmahnya. Yakinkan diri.

Usaha, doa dan tawakal.

Ikhlas, redha.

Lillahi Ta'ala.

:)

Sunday, March 2, 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari di sekalian alam maya, ini adalah blog lama, tetapi aku dah buang semua isi kandungan blog ini atas sebab2 dan faktor2 tertentu. Maka dengan ini, aku nak hidupkan kembali blog ini dengan cerita tentang segala apa yang aku suka dan segala apa yang aku tak suka. Sesuailah dengan "lurvehated" kan? :)

Pertama sekali, aku nak cerita serba sedikit tentang diri aku.

Siapa aku?
Nama aku panjang, cukuplah sekadar mengenali aku dengan nama panggilanku, CFW. Apa maksud CFW? Jengjengjeng! CFW tu panggilan singkatan kepada Cik Fieka Wafa. Macam mana aku boleh dapat nama panggilan ini? Panjang ceritanya, tetapi jangan risau, aku boleh pendekkan. Nama CFW ini lebih dikenali oleh kawan2 dan teman2 seperjuangan semasa aku menuntut di salah satu universiti tempatan di Malaysia ini. Disebabkan namaku agak panjang bagi mereka, maka mereka dengan sesuka hati memendekkan panggilan namaku sehingga terhasilnya CFW ini. Ok cukuplah pendek inikan? Hahaha. :P

Apa yang menarik tentang aku?
Bagi aku, tiada apa yang menarik malah serba serbi kekurangan dan sentiasa belajar dari semasa ke semasa. Semua telah ditentukan oleh Allah dan kita sebagai hambaNya wajib bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniakan. Alhamdulillah. :)

Kenapa aku ingin berblog?
Sama sahaja dengan jawapan semua blogger -- minat menaip dan nak isi masa lapang selain nak kongsi apa2 yang boleh dikongsi. Blog ini pada pendapat aku adalah antara medium atau tempat yang kita boleh kongsi atau luah segala apa yang kita nak. Lebih kurang sama macam diari, cuma tak terlalu menonjolkan cerita peribadi. Sebab apa? Sebab ini adalah blog kita sendiri. Maka individu lain tiada hak untuk menidakkan atau memperlekehkan segala apa yang kita taip di sini selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum agama dan negara. Blog kita, hak kita. Jangan sampai kita membuka segala pekung di dada mahupun membuka aib sendiri sudahlah ye. :)

Apa kesukaan aku?
Perkara inilah yang aku akan kongsikan di dalam blog ini nanti, satu demi satu. Antara salah satu kesukaan aku adalah kucing! Meow meow. Aku pernah bela kucing berpuluh-puluh ekor jugalah (selepas beranak-pinak) tetapi sekarang tidak lagi. Kenapa? Adalah sebab musababnya. Nanti2lah ye? :)

Terima kasih dan selamat membaca entri seterusnya. :)

Comelkan? :D