Sunday, March 2, 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari di sekalian alam maya, ini adalah blog lama, tetapi aku dah buang semua isi kandungan blog ini atas sebab2 dan faktor2 tertentu. Maka dengan ini, aku nak hidupkan kembali blog ini dengan cerita tentang segala apa yang aku suka dan segala apa yang aku tak suka. Sesuailah dengan "lurvehated" kan? :)

Pertama sekali, aku nak cerita serba sedikit tentang diri aku.

Siapa aku?
Nama aku panjang, cukuplah sekadar mengenali aku dengan nama panggilanku, CFW. Apa maksud CFW? Jengjengjeng! CFW tu panggilan singkatan kepada Cik Fieka Wafa. Macam mana aku boleh dapat nama panggilan ini? Panjang ceritanya, tetapi jangan risau, aku boleh pendekkan. Nama CFW ini lebih dikenali oleh kawan2 dan teman2 seperjuangan semasa aku menuntut di salah satu universiti tempatan di Malaysia ini. Disebabkan namaku agak panjang bagi mereka, maka mereka dengan sesuka hati memendekkan panggilan namaku sehingga terhasilnya CFW ini. Ok cukuplah pendek inikan? Hahaha. :P

Apa yang menarik tentang aku?
Bagi aku, tiada apa yang menarik malah serba serbi kekurangan dan sentiasa belajar dari semasa ke semasa. Semua telah ditentukan oleh Allah dan kita sebagai hambaNya wajib bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniakan. Alhamdulillah. :)

Kenapa aku ingin berblog?
Sama sahaja dengan jawapan semua blogger -- minat menaip dan nak isi masa lapang selain nak kongsi apa2 yang boleh dikongsi. Blog ini pada pendapat aku adalah antara medium atau tempat yang kita boleh kongsi atau luah segala apa yang kita nak. Lebih kurang sama macam diari, cuma tak terlalu menonjolkan cerita peribadi. Sebab apa? Sebab ini adalah blog kita sendiri. Maka individu lain tiada hak untuk menidakkan atau memperlekehkan segala apa yang kita taip di sini selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum agama dan negara. Blog kita, hak kita. Jangan sampai kita membuka segala pekung di dada mahupun membuka aib sendiri sudahlah ye. :)

Apa kesukaan aku?
Perkara inilah yang aku akan kongsikan di dalam blog ini nanti, satu demi satu. Antara salah satu kesukaan aku adalah kucing! Meow meow. Aku pernah bela kucing berpuluh-puluh ekor jugalah (selepas beranak-pinak) tetapi sekarang tidak lagi. Kenapa? Adalah sebab musababnya. Nanti2lah ye? :)

Terima kasih dan selamat membaca entri seterusnya. :)

Comelkan? :D