Thursday, March 20, 2014

SPM

Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2013 diumumkan.

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang! Bagi yang tak berjaya mendapat keputusan yang diidamkan, jangan berputus asa. Cuba lagi, insyaAllah kejayaan pasti menanti suatu hari nanti.

Seperti kalian, aku juga pernah mengalami situasi ini pada tahun 2007.
Semakin hampir hari yang dinantikan, semakin bergetar seluruh jiwa dan raga.

Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang -- Ok ini semua tipu! :P

Keputusan aku tidaklah sehebat keputusan kawan-kawanku yang sambung belajar di asrama penuh. Namun demikian, aku bersyukur kerana ini takdir hidupku. Semua sudah tertulis oleh-Nya.

Paling aku bersyukur, impian untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tercapai. REZEKI. Pengajian dimulakan dengan peringkat Diploma. Namun belum sempat aku menghabiskan pengajian Diploma yakni baru sahaja selesai 3 sem (setahun setengah), aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) selama 3 tahun.

Alhamdulillah, betapa kasihnya Allah kepada kita.
Betapa besarnya nikmat yang telah diberikan kepada kita, hamba yang kerdil lagi hina ini.

Jadi, bersyukurlah dengan segala apa yang kita ada, percayalah segalanya ada hikmah tanpa kita sedari.

Jangan bersedih, jangan berduka.
Perjalanan kita masih jauh, tidak akan berhenti selagi nafas tidak terhenti.

Kepada semua yang telah memasuki alam universiti dan alam pekerjaan, usahlah dihina, dikeji dan diherdik adik-adik kita yang baru sahaja melepasi satu tahap penting dalam hidup.

Ingat, kita juga pernah lalui situasi seperti mereka.
Ingat, kita juga pernah kecewa dengan keputusan kita.
Ingat, kita juga pernah berduka lara dan patah semangat untuk terus berjaya.

Pengalaman mengajar -- Segalanya mungkin.

Usaha selagi boleh, yakinlah janji Allah itu pasti.

Semoga terus berjaya!


Lillahi ta'ala.

:)