Saturday, October 1, 2016

Happy 2016!

Assalamualaikum.

Ya Allah, penuh sawang sana sini! :O

Hahaha lama sudah meninggalkan alam belog ni. Harini tiba2 terasa nak jenguk setelah sekian lamanya. Masih ingat password pulak tu! Damnnn..memang nak kena update terus la jawabnya. Hewhew

Banyak gila cerita nak update. Dan banyak juga cerita yg perlu di delete. Almaklumlah, banyak cerita kisah silam je belog ni. So wajiblah dibuang cerita yang tak perlu tu, termasuklah kisah menunggu mamat yang tak kunjung tiba tu. Hahaha lets forget about it! Dah selamat jadi laki orang dah pun mamat tu. Dan aku pula? Jengjengjeng..hidup perlu diteruskan ;)

Alhamdulillah, aku dah selamat menjadi tunangan orang. InsyaAllah, ini jodohku. Perancangan Allah itu amatlah indah. Tiada istilah putus harapan dalam hidupku. Allah gantikan dengan yang lebih baik, insyaAllah aamiin.. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah :)

Mohon doa daripada semua yang masih membaca belog ku ini. Doakan yang terbaik ye buatku untuk menempuh segala onak dan duri, segala liku2 pahit dan manis kehidupan di hari mendatang. Biarpun telah banyak ceritaku di delete. Kesian belog ni, asyik kena delete je. Update nye idok. Hukhuk apa punya tuan entah. Hahaha :P

Hmm boleh la kot nak share 1,2,3 and so on gambar dekat sini. Inikan belog aku..hiks! ;)

Saat cincin disarungkan. Nebesss! :P
Alhamdulillah :)
Bersama Opah, Mak dan Bakal Mak ;)
Family kecil ku :')
Oklah setakat ni je tatapan untuk kali ni. Next time, aku akan update macam2 story lagi. Kalau nak cerita harini memang takkan habis. Internet pun bukannya kuat mana ni. Hahaha sabo jelaa.

Till then, assalamualaikum! ;)