Saturday, October 1, 2016

Happy 2016!

Assalamualaikum.

Ya Allah, penuh sawang sana sini! :O

Hahaha lama sudah meninggalkan alam belog ni. Harini tiba2 terasa nak jenguk setelah sekian lamanya. Masih ingat password pulak tu! Damnnn..memang nak kena update terus la jawabnya. Hewhew

Banyak gila cerita nak update. Dan banyak juga cerita yg perlu di delete. Almaklumlah, banyak cerita kisah silam je belog ni. So wajiblah dibuang cerita yang tak perlu tu, termasuklah kisah menunggu mamat yang tak kunjung tiba tu. Hahaha lets forget about it! Dah selamat jadi laki orang dah pun mamat tu. Dan aku pula? Jengjengjeng..hidup perlu diteruskan ;)

Alhamdulillah, aku dah selamat menjadi tunangan orang. InsyaAllah, ini jodohku. Perancangan Allah itu amatlah indah. Tiada istilah putus harapan dalam hidupku. Allah gantikan dengan yang lebih baik, insyaAllah aamiin.. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah :)

Mohon doa daripada semua yang masih membaca belog ku ini. Doakan yang terbaik ye buatku untuk menempuh segala onak dan duri, segala liku2 pahit dan manis kehidupan di hari mendatang. Biarpun telah banyak ceritaku di delete. Kesian belog ni, asyik kena delete je. Update nye idok. Hukhuk apa punya tuan entah. Hahaha :P

Hmm boleh la kot nak share 1,2,3 and so on gambar dekat sini. Inikan belog aku..hiks! ;)

Saat cincin disarungkan. Nebesss! :P
Alhamdulillah :)
Bersama Opah, Mak dan Bakal Mak ;)
Family kecil ku :')
Oklah setakat ni je tatapan untuk kali ni. Next time, aku akan update macam2 story lagi. Kalau nak cerita harini memang takkan habis. Internet pun bukannya kuat mana ni. Hahaha sabo jelaa.

Till then, assalamualaikum! ;)

Thursday, April 24, 2014

Lepak-ing!

19 April -- Lunch

Aku jumpa besties zaman sekolah rendah! Hehe lama tak jumpa mereka since Ikyn pergi belajar kat Jepun selama 3 bulan. So bila Ikyn dah balik, aku dan Syazana pun apa lagikan, plan macam2 laa kan. Hahaha kami pergi Festival City, Danau Kota, Setapak. Sebenarnya tak ada plan pun nak pergi tengok wayang or karok or bowling bagai, just nak jumpa and gosip sepanjang lebar yang boleh! Hehehe memang tiap kali jumpa, memang sentiasa tak pernah lekang dengan gosip2 cerita bebudak zaman sekolah rendah dahulu kala termasuklah diri sendiri. Kwang3! :P

Alkisahnya, Ikyn yang baru balik dari Jepun dan dah loya dengan makanan kat sana, mengidam pulak nak makan pizza. Makanya, kami pun lunch di Pizza San Francisco yang ada dalam Festival City tersebut. Pada mulanya, aku rasa macam pernah makan sekali. Berialah aku cerita kat mereka yang aku pernah makan tapi mungkin kedai dah pindah kedudukan. Sekali, tett! Tersalah rupanya. Yang aku pernah makan tu adalah Papa John Pizza, bukannya Pizza San Francisco ni. *malu* Hahaha! :D

So, bagi sesiapa yang dah jemu makan di Pizza Hut, bolehlah try makan di Pizza San Francisco pulak ye. Banyak menu menarik dan sememangnya sedap dengan harga yang berpatutan. Selamat mencuba! ;)

Ok, ini menu kami :
Meat Balls Pizza, Linguine Carbonara, Mushroom Soup, Cheesy Bread & Ice Lemon Tea.


19 April -- Dessert

And then, lepas dah makan sambil soksek bagai, kami pun solat di surau yang telah diesediakan. Lepas tu, sambung balik gosip bagai dekat Secret Recipe. Hihihi kerja makan je kami haritu kan? :P

Ok, ini menu kami :
1 slice of Red Velvet Cake and 1 slice of White Dark Chocolate Cheese Cake
beserta air masing2. Haa tak ingatlah nama air apa. Tapi ada kisah yang mencuit hati aku, di mana Syazana ni main tukar2 air dengan Ikyn disebabkan tidak berpuas hati dengan kepahitan air yang dia dapat dan pendek cerita dia memang tak boleh minum air yang pahit macam kopi dan seangkatan dengannyalah. Hahaha lawak betul ;)


Dan ini pula adalah gambar kami :)

Dalam pukul 5 lebih, kami berpisah. Mereka pulang ke rumah masing2.

19 April -- Dinner

Aku pula singgah solat dan terus pergi ke destinasi seterusnya iaitu Flaming Steamboat, Danau Kota, Setapak. Makan lagi? Ofkos! Hahaha memang kerja aku makan je haritu :P

Dating dengan Kak Tikah dan Abam Baim pulak. Belanja mereka makan steamboat bersempena dengan birthday mereka dan celebrate sekali laa untuk majlis kahwin mereka tak lama lagi. Haaa gituu!

Macam biasa laa, Baim memang gila2 sikit, aku pun layan je. Akak je yang still malu2 kucing. Hahaha :P





Walaupun gajiku tidak se-gah gaji mereka, tapi aku tetap berniat nak belanja mereka dan siapa2 je yang pernah membantu aku dalam waktu aku susah dan berduka dahulu kala, kini dan bila2. Seboleh-bolehnya aku akan berusaha untuk membalas jasa baik sesiapa sahaja yang baik dengan aku, ala2 balas budi gituu. *walaupun tak seberapa*

Nak tunggu kaya baru boleh belanja, memang susah. Dan belum tentu kalau dah kaya nanti kita akan belanja orang tersebut. Makanya kalau rasa mampu dan berniat tu terus laksanakan je. Almaklumlah, sifat manusia berubah-ubahkan? Lumrah laa :')

Eh terbebel lebih2 pulak. Hmm rasanya setakat ni je kot kisah sehari suntuk aku lepak-ing bersama teman seperjuangan dahulu kala. Later, aku akan share kisah lain pulak ye.

Till then,

Assalamualaikum. :)