Tuesday, April 15, 2014

April :)

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

Ecewahh! Jangan terpedaya, sesungguhnya ini hanyalah lirik semata, nyanyian artis Fazley Yaakob tu. Hihi saje nak bikin lain sikit untuk entri kali ini. :P

Assalamualaikum :)

Agak lama juga aku tak menaip di sini. Bajet busy sangat gituu! Haha hari ini tetiba terasa nak membebel di sini. Maka sebab itulah aku rajinkan diri, kalau tak, confirm malas punyalah nak on laptop ni. Sorry Encik Lappy! :P

Hmm baru-baru ni aku dan family terchenta pergi bercuti di Thistle Port Dickson Resort. Di mana tu? Dah namanya pun ada 'Port Dickson' kan, ofkos lah Negeri Sembilan. Hihihi :D

Best! Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam dan ini adalah percuma! Kenapa percuma? Haa..ini hadiah cabutan bertuah annual dinner office Abah, so rezeki kami laa. Alhamdulillah :)

Pada hari yang pertama, hanya Abah, Emak, Opah dan aku sahaja yang menginap di hotel ini. Tetapi pada hari esoknya pula, Yop dan Kak Ieja mai join sekali. Hahaha "Tak kisahlah tidur macam mana sekalipun asalkan dapat mandi kolam". Haa itu ayat abang aku ye, bukan ayat aku. :P

Adib? Si kodib tu busy memanjang, memang jaranglah dia ikut. Kadang tu aku rasa macam aku anak tunggal je. Huahaha! :P

Pada mulanya yakni pada hari pertama, aku agak bosan. Sebab apa? Sebabnya aku seorang je yang sibuk nak berjalan ke sana ke mari, beria nak ambil gambar itu dan ini. Tapi, tiada siapa nak melayan. Bak kata Abah, "Mana boleh samakan usia muda dengan usia tua". Hihihi tapi kira bertuah jugalah sebab Abah rajin jugak melayan kerenah aku nak bergambar walaupun tak banyak. Tak banyak kata kau?? Hahaha bagi aku tak banyak laa. Sebab aku ni memang jenis suka bergambar banyak-banyak. Motif? Senang nak pilih gambar yang paling OK untuk diupload atau disimpan sebagai kenangan. Haa nampak tak permainan aku? Motif sangat tauuu.. :P

Pada hari esoknya, yeayy! Kakak ipar aku datang, dia rajin layan aku bergambar. Yes yess yesss! Sebab apa? Sebab dia pun minat bergambarlah! So aku ambil gambar dia, dia ambil gambar aku. Sambil tu abang aku busy mandi kolam yang sebesar-besar tempat! Dah tak peduli kat kitorang dah. Wakaka :DD

Jadi, sebagai penutup cerita aku pada kali ini, marilah aku sajikan beberapa keping gambar sebagai tatapan belog terchenta ini. :)













*Gambar tidak mengikut susunan situasi, berterabur sana sini, harap maklum :)

Haaa amacam? Menarikkan pemandangan kat Thistle Port Dickson Resort ni? Hehe try lah pergi! Tak rugi, makanan pun sedap. Haritu aku pulun sakan masa breakfast, Abah geleng kepala je tengok aku makan. Hahaha dasar kuat makan. Gemokkk!

Eh eh, tertaip gemok pulak. Alaaa tetiba rindu si gemok yang jauh di mata tapi dekat di hati tu T.T

Tapi, dah bulan EMPAT kan? So, akhir bulan ni genaplah TIGA BULAN dia kat sana. Haaa dah boleh balik kot jenguk semua orang yang merindu awak kat sini. Balik tau, jangan tak balik! Hihihi.

Oklah, till then.

Assalamualaikum :)