Friday, March 21, 2014

Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul

Alhamdulillah.

Majlis berjalan dengan lancar. Ramai yang hadir memeriahkan majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang bertempat di Dataran Masjid Putra di sini sebentar tadi.

Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul itu telah menjadi perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini. Program anjuran Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu bermula pada pukul 7 malam hingga 11 malam dengan pengisian pelbagai program berbentuk keagamaan.

Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu telah menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

Program itu turut diserikan dengan pelbagai aturcara seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, zikir terapi, bacaan al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah duet peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal.

Kelainan program ini dapat dilihat melalui penglibatan serta sokongan banyak pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri turut menyertai solat hajat dan doa selamat yang diadakan selepas solat Isyak untuk memohon supaya pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 segera ditemui.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

:')