Tuesday, March 18, 2014

MH370

Hari ini sudah masuk hari ke SEBELAS misteri kehilangan pesawat MH370.

Semakin hari semakin banyak spekulasi yang timbul. Ada yang masuk akal dan ada juga yang jauh dari keterbatasan akal manusia. Pelbagai usaha telah dilakukan.

Tidak mahu merumitkan fikiran, aku memilih untuk mengikuti isu ini dari semasa ke semasa yakni dengan melihat, mendengar dan membaca tanpa mempedulikan spekulasi negatif di luar kotak fikiran manusia. Aku percaya, pelbagai pihak telah berusaha membuat yang terbaik dalam misi menjejaki; mencari dan menyelamat pesawat yang hilang tersebut. Tiada istilah berdiam diri mahupun merahsiakan sesuatu dalam situasi begini, mereka bertungkus lumus, tetapi kita? Hanya pandai menuduh dan menuding jari semata-mata.

Usaha, ikhtiar dan tawakal.

Jangan berfikiran terlampau negatif sehingga membunuh jiwa dan perasaan kaum keluarga mangsa yang terlibat, khususnya keluarga kapten dan pembantu kapten.

Siapa kita untuk menuduh tanpa bukti yang kukuh?

Kasihanilah. Jauhi fitnah.

Ingat!
Dunia ini berputar, mungkin esok atau lusa, mungkin bukan sekarang. Mungkin akan datang kita turut akan mengalami musibah yang sama. Bezanya, mungkin dalam situasi yang berbeza.

Segalanya mungkin.

Kerana kita, hanya insan biasa, hamba Allah.

Kembali pada Allah yang satu. Cari redha Ilahi selagi nafas belum terhenti.

Lillahi ta'ala.